Speaker DUN Selangor dijangka buat pengesahan isu status seorang ADUN Isnin ini - Amirudin

Iklan
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika, ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang pada malam Khamis. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA PILAH, July 30 -- Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari speaking to reporters after attending the Kuala Pilah Berselawat and Negeri Sembilan Grand Munajat Programme at Dataran Melang today. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA PILAH - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka membuat pengesahan berhubung dakwaan membabitkan status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, perkara itu kini sedang diteliti bersama penasihat undang-undang negeri bagi menentukan tindakan yang perlu diambil sebelum sebarang keputusan dibuat.

Iklan
Iklan

"Kita ada sesi dewan sebab kita kena membuat verifikasi terhadap dakwaan-dakwaan tersebut ataupun ada dakwaan hilang kelayakan seorang ADUN di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, di sini malam tadi.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Selangor mungkin berdepan pilihan raya kecil (PRK) susulan isu hilang kelayakan membabitkan status seorang ADUN yang didakwa boleh menyebabkan kekosongan kerusi.- Bernama