Tok Min utamakan prestasi bukan sentimen
Iklan
Datuk Seri Aminuddin Harun
[MUKADIMAH] Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan Pakatan Harapan (PH) tetap mempunyai calon berkelayakan untuk menerajui kerajaan negeri sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi beliau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi.
Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata, gabungan berkenaan memiliki ramai tokoh Melayu daripada latar korporat, agama, profesional dan pentadbiran yang mampu diangkat sebagai menteri besar.