24 jam terakhir kempen boleh ubah 6-8 kerusi
Iklan
Bendera parti yang bertanding memenuhi sepanjang jalan di sekitar bulatan Port Dickson menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum hari pengundian pada 1 Ogos.
TEMPOH 24 jam sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu ini disifatkan sebagai fasa paling kritikal.
Dalam tempoh itu, pecutan terakhir jentera parti akan menjadi penentu bagi menggerakkan penyokong keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui kempen lapangan, media sosial serta rayuan daripada pimpinan tertinggi parti.