Guan Eng selamat jalani pembedahan bahu
Iklan
Guan Eng (kanan) dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas selamat menjalani pembedahan bahu kiri.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibenarkan keluar dari sebuah hospital hari ini selepas selamat menjalani pembedahan bahu.
"Saya baru saja discaj dari hospital selepas dua malam di sana kerana menjalani pembedahan di bahagian bahu kiri akibat kecederaan tempoh hari,” tulisnya di Facebook hari ini.
Iklan
Iklan
Dalam coretan sama, Setiausaha Agung DAP itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya
Beliau dalam masa sama turut meminta rakyat Malaysia agar terus kekal duduk di rumah masing-masing dalam usaha memerangi wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
"Terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah menjaga saya dan juga kepada mereka yang mendoakan kesembuhan.
"Terus kekal duduk di rumah. Kita boleh menang bersama-sama,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>