UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan

Iklan
Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pembatalan UPSR dan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.

Iklan
Iklan

"Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan dan ia akan akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Iklan

Sementara itu, bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dr Mohd Radzi memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM akan ditunda kepada suku pertama 2021.

Iklan