Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu penjual emas

Iklan
Mahkamah membenarkan Nurwahidah (depan, kiri) diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 20 Ogos depan.

KUANTAN - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menipu seorang penjual emas menggunakan resit transaksi pembayaran palsu sebelum menerima seutas rantai tangan emas bernilai RM8,998 pada minggu lalu.

Tertuduh, Nurwahidah Khamirrudin, 35, dari Bentong mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah selepas pertuduhan dibacakan terhadap.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya memperdayakan jurujual sebuah kedai emas melalui penyerahan resit transaksi pembayaran palsu berjumlah RM8,998.

Perbuatan itu menyebabkan mangsa menyerahkan seutas rantai tangan emas gantung Butterfly seberat 16.21 gram kepada pihak kurier untuk dihantar kepada tertuduh.

Iklan

Nurwahidah (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai emas di Jalan Putra Square 3, Kuantan kira-kira jam 10.40 pagi pada 22 Julai lalu.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabila Huda Jasmani menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Hakimie Ali mewakili tertuduh dalam rayuan meminta agar jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh tidak bekerja.

Hujahnya, kehidupan anak guamnya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM1,300 sebulan dan turut menanggung dua anak yang masih sekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 20 Ogos depan.