Tukang masak amang seksual rakan sekerja

Iklan
Polis mengawal ketat tertuduh (dua dari kiri) ketika berjalan menuju ke lokap mahkamah.

PASIR MAS - Seorang tukang masak restoran makanan ayam goreng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara mencabul dan oral seks terhadap rakan sekerja.

Tertuduh, Muhammad Fakhrullah Md Nor, 21, didakwa di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ke lima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal itu terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan juga juruwang di restoran sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 6.10 petang hingga 7 malam pada 5 dan 13 Jun serta 2, 3 dan 15 Julai lalu di Tumpat.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan - kesalahan Seksual Terhadap Kanak - kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh (dua dari kiri) tiba di Mahkamah Pasir Mas dengan dibawa menggunakan kereta polis.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Siti Aisyha Nailah menawarkan jaminan RM50,000, bagaimanapun tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran tempat tinggalnya setiap bulan.

Tertuduh juga tidak boleh mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos ini bagi urusan serahan dokumen dan lantikan peguam.