48 jam terakhir kempen PRN Negeri Sembilan
Iklan
Pecutan terakhir jentera parti akan menjadi penentu bagi menggerakkan penyokong keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Gambar hiasan
TEMPOH 48 jam sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu ini disifatkan sebagai fasa paling kritikal.
Dalam tempoh itu, pecutan terakhir jentera parti akan menjadi penentu bagi menggerakkan penyokong keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui kempen lapangan, media sosial serta rayuan daripada pimpinan tertinggi parti.