Ujian sebenar Harimau Malaya di Rajamangala

Iklan
Harimau Muda akan bertemu juara tujuh kali, Thailand di Stadium Rajamangala pada Sabtu ini. Foto: Malaysia NT

THAILAND bakal menjadi ukuran sebenar kekuatan Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN 2026 apabila kedua-dua pasukan bertemu di Bangkok, Sabtu ini.

Ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mengakui skuad negara masih mempunyai beberapa aspek perlu diperbaiki walaupun memulakan kempen Kumpulan B dengan rentak positif.

Iklan
Iklan

Selepas mencatat kemenangan ke atas Laos dan Myanmar, Malaysia kini berdepan cabaran lebih besar menentang juara tujuh kali Thailand yang dianggap antara pasukan terkuat rantau ini.

Cheng Hoe berkata, keputusan positif dalam dua aksi awal memberi keyakinan kepada pemain, namun pasukan perlu terus meningkatkan tahap permainan sebelum turun di Stadium Rajamangala.

Iklan

"Tiga mata ini memberi motivasi untuk menghadapi Thailand. Sudah tentu masih banyak kerja rumah perlu dilakukan bagi memperbaiki pasukan," katanya.

Tambahnya, pemain perlu mengekalkan momentum selain memperkemaskan kefahaman serta organisasi permainan bagi menghadapi lawan yang memiliki pengalaman dan kualiti tersendiri.

Iklan

"Sebagai jurulatih, saya gembira dengan keputusan yang dicapai. Kami terus membina momentum dan semakin baik dari segi kefahaman dalam pasukan," katanya.

Selepas aksi di Rajamangala, Harimau Malaya akan mengakhiri kempen Kumpulan B dengan melayan kunjungan Filipina di Cheras pada 8 Ogos.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.