Manusia ada bumi saja
Iklan
Selama ini, Kerajaan Madani cuba menegakkan larangan 3R (kaum, agama, raja) untuk menyekat hujah yang menyinggung perasaan dan memecahkan masyarakat. Gambar hiasan
APABILA Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa orang Melayu hanya mempunyai Malaysia sedangkan orang Cina ada China dan orang India ada India, terdapat dua lapisan maksud.
Pertama, Melayu akan menjadi anak yatim kalau tiada Malaysia manakala kaum lain mempunyai negara lain, malah secara tersirat, boleh berhijrah ke sana. Kedua, talian budaya dan saudara golongan minoriti menjadikan mereka sekurang-kurangnya ‘tidak eksklusif’ Malaysia. Susulan hujah Sanusi, Melayu perlu sokong parti (Melayu) kalau tidak ingin hilang kuasa.