RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535

Iklan
Cadangan itu dibuat memandangkan TH bertanggungjawab mengurus dan melaburkan dana yang dikumpulkan daripada pendeposit justeru setiap keputusan pelaburan perlu dibuat berasaskan kepentingan terbaik mereka.

PUTRAJAYA – Kewujudan Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diperuntukkan semula secara khusus dalam Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tadbir urus serta melindungi kepentingan dana pendeposit.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji menerusi laporannya memaklumkan, cadangan itu dibuat memandangkan TH bertanggungjawab mengurus dan melaburkan dana yang dikumpulkan daripada pendeposit justeru setiap keputusan pelaburan perlu dibuat berasaskan kepentingan terbaik mereka.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, walaupun Seksyen 20 Akta 535 memperuntukkan kuasa pelaburan hanya boleh dilaksanakan dengan keizinan menteri, undang-undang terdahulu menyediakan mekanisme perlindungan yang lebih khusus.

RCI menjelaskan, Seksyen 8 Akta Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Tanah Melayu 1962 (PWSBH) memperuntukkan PWSBH perlu mengambil kira laporan atau cadangan yang dikemukakan oleh Panel Pelaburan.

Iklan

Selain itu, Seksyen 23(2) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 8) pula menetapkan LUTH perlu mempertimbangkan laporan atau cadangan daripada Majlis Penasihat Kewangan sebelum sesuatu keputusan berkaitan pelaburan dibuat.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Iklan

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.

Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, menurut laporan berkenaan, kedua-dua mekanisme itu tidak lagi diperuntukkan apabila Akta 535 berkuat kuasa, susulan pemansuhan Panel Pelaburan dan Majlis Penasihat Kewangan.

"Pada masa ini, Panel Pelaburan telah diwujudkan semula, seperti yang dibincangkan terdahulu, kewujudan Panel Pelaburan ini hendaklah dikanunkan semula secara spesifik di bawah Akta 535," menurut laporan RCI itu.