Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan

Iklan
JAKIM menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.

Iklan
Iklan

Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

RCI yang dianggotai enam pesuruhjaya itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif manakala anggotanya termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dan pengasas RHB Group Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Iklan

Tiga lagi anggota ialah Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Prof Dr Asmadi Mohamed Naim serta akauntan bertauliah Norsyahrin Hamidon. - Bernama

 

Iklan