Tuanku Zara, Raja Eleena sumbang pelindung muka

Iklan
Ahmad Suaidi (kanan) mewakili kerajaan negeri menyerahkan sumbangan pelindung muka kurniaan Tuanku Zara dan Raja Eleena kepada Mohamad Ghopran. - Foto SUK Perak

IPOH - Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Datuk Seri Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah berkenaan mengurniakan sumbangan pelindung muka kepada petugas barisan hadapan di negeri ini.

Sumbangan disampaikan menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Mohamad Ghopran Yeop Hamzah.

Iklan
Iklan

Sumbangan sebanyak 1,250 pelindung muka itu adalah usaha dan inisiatif baginda bagi memenuhi keperluan kalangan petugas di hospital-hospital dalam usaha memerangi wabak Covid-19.