Durian runtuh
Iklan
Mereka yang paling terkesan akibat keruntuhan harga durian ini adalah pekebun kecil raja buah itu sendiri. - Gambar hiasan
“HABISKAN saja, bos. Buat apa nak simpan. Benda banyak,” dia mempelawa. Beria-ia.
Sepanjang hidup saya, dipelawa dan dijamu durian, bukanlah perkara baharu. Dari durian ‘biasa-biasa’ hinggalah ke durian kayangan, semuanya pernah diletakkan di depan saya. Yang sekali letak lima enam biji ada, yang sekadar berkongsi seorang seulas pun ada. Malah ada satu kes, saya dipelawa sebiji tapi hanya dapat makan seulas, yang bakinya dimakan sendiri orang mempelawa.