AI jadi ejen cari jodoh pula
Iklan
Seramai 265 pasangan di Tokyo berjaya mendirikan rumah tangga selepas ditemukan menerusi aplikasi TOKYO Enmusubi yang diperkenalkan kerajaan pada September 2024. - Foto: Agensi
JIKA dulu tugas mencari jodoh sering digalas ibu bapa, saudara-mara atau rakan sekerja namun kini semakin canggih apabila diambil alih oleh AI (kecerdasan buatan).
Menurut laporan AFP, di Tokyo seramai 265 pasangan berjaya mendirikan rumah tangga selepas ditemukan menerusi aplikasi TOKYO Enmusubi yang diperkenalkan kerajaan pada September 2024.