TOKYO - Seorang pemuzik Jepun ditahan selepas didakwa mengganggu tidur beberapa jiran warga emas selama lebih tujuh tahun akibat bunyi gitar yang terlalu kuat, menurut pihak berkuasa pada Selasa.
Kazunori Yokoi, 61, di Kyoto didakwa bermain puluhan gitarnya dan memasang radio pada tahap bunyi tinggi siang dan malam sejak 2019.
Iklan
Iklan
Tindakannya menyebabkan tiga jiran berusia antara 60-an dan 80-an mengalami gangguan tidur dan kemurungan serta bunyi berdengung berterusan dalam telinga (tinnitus).
"Beberapa amaran rasmi gagal mengubah kelakuannya. Kesemua jiran berkenaan akhirnya mengemukakan alasan kukuh kepada polis untuk menahannya atas tuduhan menyerang," menurut jurucakap pihak berkuasa.
Polis turut merampas lebih 40 gitar kebanyakannya gitar elektrik selain pemain CD, radio kaset dan penguat bunyi di kediaman Yokoi.
Pihak penyiasat juga mendapati tahap bunyi di kawasan kejiranan itu melebihi 80 desibel iaitu kira-kira sama kuat seperti bunyi di dalam kereta api yang sedang bergerak. - AFP