Cub Prix hargai peminat, tawar jersi percuma menerusi CP Happy Bag

Iklan
Para peminat Cub Prix berpeluang membawa pulang jersi eksklusif menerusi promosi jualan CP Happy Bag.

SOKONGAN tidak berbelah bahagi peminat sukan permotoran tempatan terus dihargai apabila beberapa pasukan yang bertanding dalam Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia tampil menawarkan jersi eksklusif secara percuma menerusi promosi jualan CP Happy Bag.

Inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada peminat memiliki barangan rasmi pasukan, malah menjadi tanda penghargaan terhadap kesetiaan mereka yang sentiasa hadir memeriahkan setiap pusingan perlumbaan.

Iklan
Iklan

Menerusi kempen itu, 100 pembeli terawal CP Happy Bag pada setiap pusingan akan menerima jersi edisi khas pasukan Cub Prix secara percuma.

CP Happy Bag yang dijual pada harga RM65 mengandungi baju-T edisi khas, minyak pelincir PETRONAS Sprinta, minuman tenaga Ranger serta pelekat eksklusif.

Iklan

Selain itu, setiap pembelian turut melayakkan peminat menyertai cabutan bertuah di setiap pusingan dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal sama ada Yamaha Y15ZR atau Honda RSX.

Pengurus pemasaran dan promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng berkata, peminat adalah elemen penting yang menghidupkan suasana persaingan dalam kejohanan berkenaan.

Iklan

Katanya, tanpa sokongan peminat di litar mahupun menerusi platform media sosial, kemeriahan Cub Prix pastinya tidak akan sama.

"Peminat tempatan sentiasa menjadi tulang belakang kami. Sorakan dan sokongan mereka memberikan semangat kepada pasukan serta pelumba untuk terus memberikan aksi terbaik.

Menurutnya, rekaan jersi yang ditawarkan bukan sahaja menampilkan identiti pasukan masing-masing, malah dihasilkan dengan kualiti yang sesuai untuk peminat yang aktif mengikuti perkembangan sukan permotoran.

Antara pasukan yang telah menghadiahkan jersi percuma menerusi pembelian CP Happy Bag termasuk TAB Sports SCK Honda Racing pada Pusingan 1 di Tangkak, diikuti Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing pada Pusingan 2 serta Voge Racing Team pada Pusingan 3 di Jempol.

Bagi Pusingan 4 yang akan berlangsung di Batu Kawan pada 15 dan 16 Ogos ini, peminat berpeluang mendapatkan jersi percuma daripada Motul Yamaha YY Pang Racing Team.

Peminat yang berminat boleh mendapatkan CP Happy Bag di gerai barangan rasmi pada hari perlumbaan di litar dengan peluang menjadi antara 100 pembeli pertama untuk membawa pulang jersi eksklusif pasukan bertanding.