Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri

Iklan
Enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 6 petang. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 6 petang selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca pada Isnin.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 4 petang itu melibatkan Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di Selangor pula, amaran melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu.

Iklan

Bagi Johor, kawasan yang berada di bawah amaran ialah Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan bagi kawasan Kuching.

Iklan

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa.