CYBERJAYA - Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan PMX AI, kini sedang menjalani proses penambahbaikan.
"Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” kata Anwar ketika ditemui media selepas pelancaran AI Malaysia, di sini pada Selasa.