Kantoi jual karipap sekali dengan air ketum
Iklan
LANGKAWI - Tindakan seorang wanita yang menjual karipap sekali dengan air ketum membawa padah apabila dia ditahan polis dalam serbuan jam 3.50 petang semalam di gerainya di Kampung Bendang Baru, Kuah di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil soal siasat, suspek yang berusia 45 tahun itu mengaku menjual air ketum bagi menambah pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.