PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan program reformasi sekolah bermula minggu depan dengan memilih 10 sekolah di setiap daerah di seluruh negara sebagai perintis dalam usaha memperkukuh mutu pendidikan, profesionalisme guru dan kemenjadian murid.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap daerah akan memilih lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah, dengan setiap sekolah ditawarkan peruntukan sehingga RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai perubahan serta inisiatif reformasi mengikut keperluan masing-masing.