Ucapan Sanusi akan terus dimainkan dalam kempen
Iklan
Kontroversi ucapan Sanusi yang didakwa berbaur perkauman dijangka terus dimainkan sehingga hari pengundian PRN Negeri Sembilan. Gambar kecil: Awang Azman
SHAH ALAM - Kontroversi ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa berbaur perkauman dijangka terus dimainkan sehingga hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026, khususnya dalam beberapa hari terakhir kempen.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana isu perkauman mempunyai nilai emosi dan mudah disebarkan melalui klip video pendek serta media sosial.