Lelaki ditembak ketika menuju ke kereta selepas beli telur

Iklan
Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

BATU KAWAN - Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak seorang lelaki bertopeng ketika berjalan menuju ke kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku selepas mangsa membeli telur di sebuah premis di kawasan komersial Sri Tambun, Simpang Ampat pada Isnin.

Iklan
Iklan

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang sebelum itu selesai bersenam dilaporkan terkena satu das tembakan pada bahagian tangan kanan.

Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Iklan

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, mangsa dipercayai mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Iklan

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang melarikan diri sejurus selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.