'Kami mahu pergi mana' - Luah etnik Rohingya diusir dari Kampung Kuala Muda

Iklan
Keadaan setakat petang Isnin di hadapan pejabat UNCHR. Gambar kecil: Seyed Kassim dan Mahamed Jamil

KUALA LUMPUR -"Bila dengar pengumuman (halau) itu, kami mahu pergi mana?"

Itu luahan Seyed Kassim, 55, antara etnik Rohingya diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini.

Iklan
Iklan

Katanya, semua etnik Rohingya menghormati semua penduduk tempatan di sana.

"Bila di sini, susah kepada wanita untuk ke tandas, kami pun sama manusia juga. Kita tunggu UNHCR," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Mahamed Jamil, 33, berkata, pihak UNHCR memaklumkan perkara ini sukar untuk diambil tindakan.

"Kami kata kami tiada rumah, UNHCR kata tak boleh buat apa. Kalau mereka tak boleh tolong, kami nak pergi mana?

Iklan

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terbabit mendapati kawalan keselamatan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ratusan pelarian etnik Rohingya berkumpul di hadapan pejabat UNCHR pada petang Isnin.

Ada antara warga asing terbabit turut menyuarakan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir membantu mereka.

23 Julai lalu, media melaporkan kerajaan mengarahkan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian, untuk membolehkan penyusunan semula sistem pengurusan menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata, keputusan Kabinet itu bertujuan memastikan pengurusan dan pendaftaran pelarian di negara ini dilaksanakan secara lebih teratur bawah kawal selia kerajaan.