KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan kawasan di Sabah, Sarawak serta Labuan hingga 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Melaka, dan di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.