Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, cuaca sama diramal melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat).

Iklan

Selain itu, cuaca sama dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Iklan