Warna-warni sukan, politik musim panas
Iklan
Sepanyol juara Piala Dunia 2026 yang dianjurkan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
KESETIAAN boleh berubah dengan ketara dalam tempoh beberapa tahun. Dalam sesetengah keadaan, perkara ini dapat difahami, contohnya apabila rakan kongsi menyedari bahawa mereka mempunyai keutamaan atau kekangan berbeza yang tidak dapat dielakkan, lalu memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Namun dalam politik, perubahan kesetiaan sering kali didorong oleh sikap sinis, oportunisme dan ketamakan. Ahli politik lazimnya akan mempertahankan keinginan mereka mendapatkan kuasa dengan alasan bahawa ia ‘membolehkan mereka melakukan kebaikan’.