JAKARTA - Gara-gara dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki dibelasah beramai-ramai hingga maut dalam kejadian menggemparkan di Indonesia.
Lebih memilukan, insiden itu turut disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang hanya mampu meraung ketika bapanya dipukul beramai-ramai oleh penduduk setempat di Bali pada Jumaat lalu.