Ancaman apati iklim
Iklan
Para penyelidik seluruh dunia sudah lama mengaitkan keadaan musim panas yang memburuk dan semakin kering dengan krisis iklim. Foto AFP.
KALAU di Malaysia kita terbiasa dengan banjir kilat. Di Eropah, mereka rupa-rupanya ada kemarau kilat. Kemarau kilat jauh lebih menggerunkan.
Ia boleh mencetus kebakaran hutan pada skala besar dan sukar dikawal mahupun dipadam. Ia berlaku apabila suhu tinggi serta cuaca kering mendadak sebaik tamat episod hujan atau lembap yang agak panjang.