Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri sehingga jam 4 petang pada Ahad.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, di Kedah, amaran melibatkan daerah Sik dan Baling.

Di Perak pula, kawasan terjejas ialah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Iklan

Bagi Pahang, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin, manakala di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Di Johor, cuaca buruk dijangka melanda daerah Segamat.

Iklan

Sementara itu, di Sarawak, kawasan Limbang turut berada dalam amaran, manakala di Sabah membabitkan Tawau termasuk Lahad Datu serta Sandakan melibatkan daerah Kinabatangan dan Sandakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran berkenaan dikeluarkan pada jam 1.25 tengah hari dan berkuat kuasa sehingga jam 4 petang.

Orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.