Nilai pantun orang politik
Iklan
Rabu lalu, Anwar menyampaikan pantun yang jelas membawa mesej politik kepada Zahid.
PANTUN bukan sekadar permainan bahasa. Dalam tradisi Melayu, pantun ialah wahana menyampaikan kebijaksanaan, adab, sindiran dan falsafah hidup. Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menegaskan bahawa pantun yang dalam tradisi persuratan bangsa kita dianggarkan sudah berusia lebih 700 tahun ialah “manifestasi kebijaksanaan akal budi Melayu.”
Dalam empat kerat yang ringkas, terkandung pengalaman hidup, nilai, pertimbangan dan budi. Sebab itu apabila ahli politik berpantun, masyarakat bukan sekadar mendengar rimanya. Yang dinilai ialah mesej, makna, kejujuran dan keserasian antara kata dengan perbuatan.