Raja Muda Selangor umum kelahiran puteri sulung Tengku Alia Amira

Iklan
Menerusi hantaran di Instagram rasmi Raja Muda Selangor, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lepas.

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Raja Muda Selangor, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lepas.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT, beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Iklan

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Oktober 2025.

Pasangan pengantin diraja dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, dengan disaksikan Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Setia Putra Alhaj pada istiadat pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Iklan

Istiadat pernikahan yang dilaksanakan dengan penuh tertib mengikut adat turut disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.- Bernama