KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tujuh inisiatif yang diumumkan sebelum ini bagi membantu warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), dilaksanakan dengan segera.
Anwar berkata, beliau telah meminta laporan kemajuan berkaitan semua inisiatif, yang antaranya merangkumi bantuan kepada Felda dan perumahan generasi baharu disediakan setiap bulan supaya pelaksanaannya tidak tertangguh.