Polis gempur 'lokasi panas' basikal lajak

Iklan
JSPT Kuala Lumpur melaksanakan operasi basikal lajak di sekitar ibu negara pada Khamis. Foto: JSPT KL

KUALA LUMPUR - 'Lokasi panas' aktiviti basikal lajak di sekitar ibu negara diserbu dengan sitaan 25 basikal lajak Khamis lalu.

Operasi digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar Desa Aman, Taman Rimba Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Murni 7, Jalan Pantai Permai 13, sekitar PPR Kerinchi serta Jalan Pantai Sentral 2 susulan aduan awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan mendapati penunggang terbabit berusia antara sembilan hingga 15 tahun dengan majoritinya berusia 14 tahun.

"Operasi itu dilaksanakan susulan aduan masyarakat mengenai aktiviti basikal lajak yang sering berlaku pada waktu petang dan malam di kawasan perumahan serta jalan awam.

Iklan

"Selain tindakan penguatkuasaan, anggota JSPT Kuala Lumpur turut memberi nasihat dan penerangan kepada penunggang mengenai bahaya aktiviti basikal lajak serta kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

'Lokasi panas' aktiviti basikal lajak di sekitar ibu negara diserbu dengan sitaan 25 basikal lajak Khamis lalu. Foto: JSPT KL

Iklan

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga juga diminta supaya memainkan peranan lebih aktif dalam memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak

Katanya, pastikan anak-anak tidak mengubah suai basikal sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"JSPT Kuala Lumpur akan terus mempergiatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan aktiviti basikal lajak, selain mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang," ujarnya.