'Undi PH tunjuk rakyat sokong PM halau rakyat Israel, anti-sakau’ - Penganalisis
Iklan
Mashitah (gambar kecil) berkata, sekiranya pengundi melihat terdapat kesinambungan antara kestabilan politik, prestasi pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, ia berpotensi memberi kelebihan kepada PH.
KUALA LUMPUR - Pengundi Negeri Sembilan berpeluang menunjukkan sokongan padu rakyat negara ini dalam ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak tunduk ke atas tekanan Amerika Syarikat (AS) dengan mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.
Pada masa sama, PRN ini juga boleh digunakan untuk menyampaikan sokongan rakyat dalam usaha Perdana Menteri memerangi rasuah, anti-sakau dan kerja keras selama hampir empat tahun lalu membangunkan ekonomi ke tahap yang disegani oleh pihak luar.
Iklan
Iklan
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, penghargaan dan sokongan ini boleh ditunjukkan oleh rakyat Negeri Sembilan pada 1 Ogos dengan mengundi PH, selain mengukuhkan kestabilan politik negara di tengah-tengah kemelut politik dan sosial yang melanda.
“PRN ini sebagai platform untuk mendapatkan mandat moral daripada rakyat terhadap kepimpinan Anwar termasuk pendiriannya dalam isu antarabangsa, usaha membanteras rasuah, memperkukuh tadbir urus, serta memulihkan ekonomi negara.
Iklan
“Bagaimanapun, para pengundi juga akan mengambil kira faktor prestasi kerajaan negeri, kredibiliti calon, isu kos sara hidup, peluang ekonomi dan sejauh mana dasar yang dilaksanakan benar-benar dirasai memberi manfaatnya kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, Anwar menegaskan, Malaysia akan mengusir serta-merta sebarang warga negara Israel yang dikesan menyertai program Network School di Forest City, Johor.
Iklan
Susulan itu, lapan Ahli Kongres AS menghantar surat kepada Setiausaha Negara, Marco Rubio, bagi menyuarakan tidak berpuas hati terhadap tindakan tegas Anwar mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.
Mereka adalah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada parti Demokrat.
Dalam pada itu, Mashitah berkata, sekiranya pengundi melihat terdapat kesinambungan antara kestabilan politik, prestasi pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, ia berpotensi memberi kelebihan kepada PH.
Namun, katanya, keputusan akhir adalah tetap bergantung kepada pertimbangan menyeluruh para pengundi terhadap isu-isu yang paling dekat dengan kehidupan mereka masa kini.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.