Paulo Josue yakin keserasian bawa impak positif

Iklan
Hadi Fayyadh Abdul Razak (kanan) antara pemain yang dibawa ke Yangon untuk aksi pembukaan Kumpulan B menentang Myanmar petang ini. Foto Malaysia NT

KAPTEN Harimau Malaya, Paulo Josue percaya keserasian dalam pasukan mampu menjadi kunci buat skuad negara menghadapi cabaran Piala ASEAN 2026.

Pemain tengah naturalisasi itu berkata, suasana dalam kem negara berada pada tahap positif dengan pemain menunjukkan kesungguhan serta menerima arahan daripada barisan kejurulatihan.

Iklan
Iklan

"Kami tiba dengan persiapan yang baik dan pemain berada dalam mood yang bagus.

"Jika kami berjaya membina hubungan yang baik sebagai satu pasukan, saya percaya kami mampu mendapatkan keputusan positif dalam kejohanan ini," katanya.

Iklan

Menurut Josue, pemain yang dipanggil mewakili negara perlu dinilai berdasarkan kemampuan mereka tanpa mengira latar belakang.

"Bagi saya, saya fokus kepada pasukan. Saya tidak melihat mereka sebagai pemain warisan atau naturalisasi.

Iklan

"Selagi mereka pemain Malaysia, saya gembira berada di sini bersama mereka," katanya.

Beliau berkata skuad negara sudah bersedia menghadapi Myanmar petang ini yang dianggap lawan sukar dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.

"Kami menghormati Myanmar. Mereka mempunyai pasukan yang bagus, bekerja keras dan bermain dengan intensiti tinggi.

"Tetapi kami juga mempunyai pemain yang mampu menghadapi tekanan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mata pertama dalam perlawanan ini," katanya.