'Semua demi manfaat negara dan rakyat' - Tunku Zain
Iklan
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz
KUALA LUMPUR – Institusi diraja perlu difahami sebagai institusi berperlembagaan dan bukannya sebuah institusi politik yang memihak kepada mana-mana pihak.
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz berkata, walaupun terdapat keadaan tertentu yang memerlukan Raja-Raja Melayu membuat keputusan yang memberi implikasi kepada politik, keputusan tersebut dibuat berasaskan kepentingan negara serta rakyat, bukannya pertimbangan politik.