PRN Negeri Sembilan: BN cadang wujudkan pegawai khas Orang Asli di pejabat MB jika diberi mandat
Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Orang Asli Tohor hari ini. - Foto: Bernama
JELEBU - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan jawatan pegawai khas mewakili masyarakat Orang Asli di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya parti itu diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu tidak perlu dimasukkan dalam manifesto kerana ia boleh dilaksana menerusi pentadbiran kerajaan negeri, malah ia telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Perak dipimpin oleh BN.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut bertujuan memastikan suara dan keperluan masyarakat Orang Asli dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri, sekali gus merapatkan lagi hubungan antara masyarakat itu dengan Pejabat Menteri Besar.
"Ini tak perlu manifesto, ini boleh dilaksanakan secara pentadbiran. Ini permintaan mereka dan saya fikir permintaan itu perlu disahut,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program kempen PRN Negeri Sembilan di sini hari ini.
Iklan
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Tohor, Kenaboi di Jelebu, beliau berkata hubungan terus kepimpinan Orang Asli dengan Pejabat Menteri Besar di Pahang dan Perak berjalan dengan baik.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor turut mempertimbangkan pelantikan pegawai khas mewakili masyarakat Orang Asli di Pejabat Menteri Besar memandangkan negeri itu juga mempunyai komuniti Orang Asli yang ramai.
Iklan
Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Dr Ramli Noor, Ahli Parlimen Jelebu yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan calon DUN Chennah Siow Kong Choon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian PRN Negeri Sembilan, manakala pengundian awal pada 28 Julai. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.