'Tolak parti pelampau dan Melayu luar tabii' - Abdul Hadi
Iklan
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengajak rakyat menolak parti pelampau dan golongan Melayu luar tabii demi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam serta menyelamatkan negara.
Abdul Hadi berkata, pendirian Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan adalah berasaskan usaha mempertahankan kuasa Melayu Islam hingga parti itu sedia hilang satu kerusi telah dimiliki dan menolak kerusi ditawarkan di Johor.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Pas memilih untuk meletakkan calon yang kecil jumlahnya dan berkempen membantu Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.
"Kerjasama ini dilakukan dengan membahagikan kerusi yang tidak berlawanan antara BN dengan PN.
Iklan
"Alasannya ialah demi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam. Kedudukan UMNO yang mengepalai BN masih berada dalam keadaan yang kuat di Johor," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.
Abdul Hadi turut meluahkan kebimbangan terdapat kemungkinan ancaman terhadap Melayu Islam dalam sistem demokrasi dan pilihan raya negara.
Iklan
"Dilihat adanya kemungkinan, dalam sistem demokrasi yang tempang dan pilihan raya yang tidak seimbang yang ditangani oleh kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) yang tidak malu menggunakan jentera kerajaan, menandakan akan berlaku ancaman kepada Melayu Islam," ujarnya lagi.
Beliau mendakwa, berlaku serangan Islamofobia di peringkat nasional dan antarabangsa yang memandang serong terhadap kebangkitan Islam.
Dalam pada itu, menurutnya, usaha mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan sebelum ini gagal walaupun mempunyai sokongan mencukupi apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan.
"Keadaan ini berbeza dengan Negeri Sembilan yang dirampas oleh PH dalam pilihan raya yang lalu, yang menyaksikan UMNO dan BN dalam keadaan yang tidak kuat.
"Maka, Pas wajib membantu setelah gagal mengambil alih kerajaan negeri melalui akuan berkanun (SD), walaupun sudah mencukupi 19 kerusi iaitu 14 UMNO dan lima PN untuk menjatuhkan PH yang mempunyai 17 kerusi," kongsinya.
Disebabkan itu, beliau menjelaskan, keadaan terbabit menyebabkan Pas melakukan perubahan dalam PN dengan menerima penyertaan Parti Wawasan Negara (Wawasan) kerana sedar betapa pentingnya kuasa Melayu Islam bagi menguasai Negeri Sembilan.
"Pas terus mengadakan kerjasama dengan BN yang didominasi oleh UMNO iaitu parti Melayu Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menangani Melayu yang berpecah," tegasnya lagi.
Abdul Hadi memberitahu, Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya saling berkait dalam membentuk kepimpinan negara.
"Maka, tolaklah parti pelampau dan Melayu luar tabii. Selamatkan negara bersama Islam.
I"slam dan Melayu tidak boleh dipisahkan kerana menjadi dua perkataan yang tidak boleh diasingkan, laksana menetak air tidak akan putus, dan biduk lalu kiambang bertaut semula," tulisnya.
Menurut beliau, seorang pemimpin tidak sepatutnya membuat gurauan sedemikian kerana umum mengetahui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) memperuntukkan bahawa jawatan menteri besar disandang oleh orang Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789242/berita/politik/bergurau-anthony-calon-menteri-besar-adalah-biadab--aminuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #AminuddinHarun