SPR digesa siasat pengumuman SARA ketika kempen PRN - Muhammad Faizzuddin
Iklan
Muhammad Faizzuddin
SHAH ALAM – Pemuda Pas Selangor menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pengumuman kenaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siri Jelajah Kekal Harapan pada Rabu.
Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya kecewa dengan pengumuman itu kerana mendakwa ia bercanggah dengan pendirian yang dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini berhubung larangan mengumumkan peruntukan atau projek baharu selepas hari penamaan calon.
Iklan
Iklan
Beliau menegaskan, pada Sidang Dewan Rakyat 30 Jun lalu, Perdana Menteri memaklumkan larangan itu masih berkuat kuasa.
"Pengumuman kenaikan SARA ketika tempoh kempen menimbulkan persoalan mengenai konsistensi kerajaan dalam mematuhi prinsip tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat
Iklan
Anwar pada Rabu lalu memaklumkan, kerajaan akan menaikkan kadar SARA dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Menurut Anwar, langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Muhammad Faizzuddin memberitahu, berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, tindakan mengumumkan bantuan ketika tempoh kempen boleh menimbulkan persepsi bertujuan mempengaruhi pengundi.
Katanya, Pemuda Pas Selangor tidak mempertikaikan keperluan kerajaan membantu rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup, malah menyokong sebarang inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
"Namun, pelaksanaan dan pengumuman bantuan perlu dibuat pada masa serta platform yang bersesuaian supaya tidak menimbulkan persepsi bertentangan dengan komitmen kerajaan dan peraturan pilihan raya," ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPR menjalankan siasatan bagi memastikan setiap proses pilihan raya berlangsung secara bersih, adil dan berintegriti.
"Rakyat bukan sahaja berhak menerima bantuan, malah berhak menikmati proses demokrasi yang telus serta bebas daripada sebarang unsur penyalahgunaan kuasa," tambah beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-24T05:22:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cp_Mc1gOlRFMlSVYG/x1080"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaroome"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaroome"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaroome"></script>