Saya tidak memenuhi syarat kelayakan calon MB - Anthony
Iklan
Anthony
JEMPOL – Datuk Seri Aminuddin Harun kekal menjadi satu-satunya calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri (PRN).
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiada calon lain selain Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau sendiri tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dilantik sebagai Menteri Besar seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Calon Menteri Besar kita hanya seorang saja, itu Tok Min (Aminuddin Harun).
Iklan
"Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang ADUN Melayu yang beragama Islam. Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja projek siap landasan kereta api di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bahau pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapa calon Menteri Besar PH sekiranya Aminuddin gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang disifatkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Selain itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan BN mempunya senarai panjang calon yang layak dipertimbangkan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat oleh pengundi untuk membentuk kerajaan selepas PRN Negeri Sembilan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>