Bapa, anak cedera dipukul sekumpulan pelajar sekolah

Iklan
Tular video pergaduhan melibatkan beberapa pelajar sekolah menengah dengan seorang individu dipercayai bapa kepada pelajar di sekolah terbabit.

SERDANG - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar sekolah menengah dalam kejadian di luar sebuah sekolah di Taman Desaminium di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang membabitkan beberapa pelajar serta bapa kepada seorang pelajar selepas rakaman video kejadian tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 3 Julai lalu ketika mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah menuju ke motosikalnya yang diletakkan di luar kawasan sekolah.

"Pelajar terbabit kemudian dipanggil oleh beberapa pelajar lelaki dari sekolah sama sebelum dikepung dan dipukul oleh kesemua suspek.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka pada bibir dan lutut selain lebam serta sakit di seluruh badan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan berkenaan turut menjadi mangsa apabila dipukul sehingga terjatuh di atas jalan raya.

Iklan

"Akibat kejadian itu, bapa mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan kaki selain sakit di seluruh badan," katanya. 

Muhamad Farid berkata, beberapa individu telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah serta ibu bapa bagi memastikan kes berkenaan ditangani secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang.

"Susulan laporan diterima, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Muhamad Farid berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.