Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.
Harga minyak mentah terus mencatat kenaikan dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan dasar perlindungan perdagangan.
Iklan
Iklan
Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0925/0980 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0910 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Trump mengumumkan tarif import tambahan antara 10 peratus dan 12.5 peratus ke atas 60 negara, termasuk Malaysia, menjadikan amalan buruh paksa sebagai alasan.
Iklan
"Trump terus bertegas untuk menggunakan tarif sebagai langkah untuk memacu ekonominya selepas berdepan halangan pada Februari lepas apabila Mahkamah Agung AS membatalkan langkah tarifnya sebelum ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, mata wang tempatan dijangka diniagakan secara berhati-hati hari ini dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS.
Iklan
Sementara itu, pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4971/5006 daripada 2.5015/5041 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.6556/6619 daripada 4.6641/6686 dan naik berbanding pound kepada 5.4483/4557 daripada 5.4647/4701 sebelum ini.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1651/1696 daripada 3.1667/1701 semalam, bagaimanapun menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 228.1/228.5 daripada 227.8/228.1 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.0937/1153 daripada 12.0860/1021.
Ringgit mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.64 daripada 6.62/6.63 sebelum ini. - Bernama
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.