eFishery: RM200 juta, sifar akauntabiliti
Iklan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah ditipu kira-kira RM200 juta dalam pelaburan dengan eFishery, sebuah projek ternakan ikan di Indonesia.
DI Dewan Negara Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan satu jawapan yang jika ditimbang dengan teliti, sebenarnya menutup ruang perbincangan sebelum ia sempat bermula.
Menurut Anwar, tiga firma audit terbesar dunia meluluskannya. Temasek, SoftBank, Northstar dan 42XFund turut menjadi mangsa. Satu 'kepakaran luar biasa dari Jakarta'— malangnya kepakaran itu digunakan untuk menipu.