Bekas adik ipar tahan pusaka

Iklan
MENTUA dan adik-beradik ipar yang baik merupakan rezeki dan anugerah tidak ternilai. Foto Canva

Selepas rujuk perunding harta pusaka, faraid diagihkan mengikut waris layak

“BALIKLAH rumah mak ayah awak dulu.”

Itulah ayat terakhir yang didengar Siti Salmah Sameon, 52, dari mulut suaminya, Faizal Harun, 55, sebelum lafaz cerai talak satu diucapkannya di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Bandar Baru Bangi, Selangor kira-kira setahun yang lalu.

Iklan
Iklan

Hampir 30 tahun mereka melayari bahtera rumah tangga bersama. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang kesemua mereka sudah bekerja dan tinggal bersama pasangan masing-masing.

Namun perselisihan yang berpanjangan akibat kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga akhirnya memisahkan mereka.

Iklan

Walaupun hati remuk, Siti Salmah reda dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menyewa rumah berhampiran tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Dia tahu masih boleh berada di rumah suaminya selagi tempoh idah belum berakhir.

“Mungkin ini jalan terbaik. Anak-anak pun sudah bersama pasangan masing-masing. Nak balik kampung pun tak boleh sebab masih bekerja.

Iklan

Tambahnya, walaupun reda dengan jalan yang dipilih suaminya itu, dia meneruskan hidupnya seperti biasa. Namun dia berasa agak kekok kerana biasanya rutin seharian ditemani suami.

Panggilan mengejut

Ketika kira-kira minggu sebelum tempoh idahnya berakhir, dia mendapat panggilan daripada nombor telefon suaminya itu.

ISTERI yang diceraikan masih berhak mendapat harta pusaka apabila suaminya meninggal dunia selagi tempoh idah belum tamat. Foto Canva

“Saya terkejut kerana selepas bercerai, suami tidak pernah menghubungi dan saya hanya mengetahui khabar berita mengenai suami daripada anak-anak.

Bagaimanapun dia sangat terkejut apabila panggilan tersebut rupa-rupanya memaklumkan suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

“Saya tidak menyangka itu khabar yang diterima. Saya terus bergegas ke hospital dan tiba di sana, semua anak dan beberapa ahli keluarganya ada bersama jenazah untuk urusan pengebumian.

SITI SALMAH diminta keluar dari rumah selepas diceraikan suami - Gambar hiasan/Foto Canva

“Saya hanya mahu menatapnya buat kali terakhir, walaupun sudah bercerai namun dia tetap merupakan sebahagian daripada sejarah hidup kami berdua,” ujarnya.

Pembahagian faraid

Sambungnya, walaupun sudah bercerai, hubungan antara dia dan ibu bapa mentua tetap terjalin walaupun jarang-jarang menelefon untuk bertanya khabar.

“Ayah mentua ada bagitahu saya mempunyai hak dalam harta pusaka arwah suami kerana dia meninggal dunia ketika masih dalam tempoh idah.

Ujarnya, dia pun tidak mahu mengambil harta pusaka arwah suami, namun ayah mentua beritahu ia merupakan hak seorang isteri.

“Antara harta suami termasuklah dua buah rumah, duit simpanan bank, tanah pemberian datuk dan sebuah rumah kedai serta beberapa buah kereta.

AKIBAT perselisihan yang tidak berkesudahan, Siti Salmah diceraikan di mahkamah. Foto Canva

“Saya memberitahu ayah mentua, segala urusan faraid ini saya serahkan kepadanya dan tidak akan mempertikaikannya,” katanya.

Beberapa bulan berselang, dia dihubungi seorang perunding harta pusaka dan diminta untuk hadir dalam perbincangan pembahagian harta pusaka.

“Pada awalnya saya tidak mahu hadir namun setelah dipujuk mentua, akhirnya saya bersetuju.

“Hanya anak-anak, isteri dan ibu bapa arwah yang berhak dalam harta pusaka itu. Walaupun isteri sudah diceraikan, namun dia masih dalam idah dan hubungan belum putus sepenuhnya, menurut perunding,” jelasnya.

Siti Salmah bersyukur proses pembahagian faraid berjalan dengan lancar walaupun dinafikan hak pada awalnya.