Hilang empat hari, Abdullah Besar ditemui meninggal dunia

Iklan
Mayat Abdullah ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan bagi menyelaraskan operasi pencarian.

KEMAMAN – Operasi pencarian seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu berakhir duka apabila mangsa ditemukan meninggal dunia berhampiran kawasan paya di Kampung Baru Neram 1, Cheneh di sini.

​Mayat mangsa, Abdullah Besar, 70, dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 11.20 pagi pada Khamis.

Iklan
Iklan

​Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan bagi menyelaraskan operasi pencarian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman bagi tindakan lanjut," ujarnya.

Iklan
Iklan

​Sebelum ini, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari kediamannya untuk bersarapan kira-kira jam 7 pagi pada Ahad lalu.