Pertumbuhan ekonomi mesti dipandu nilai kemanusiaan, matlamat moral - Anwar

Iklan
Anwar ketika ucaptama pada Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan usaha Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan pelaksanaan dasar awam mesti berteraskan nilai kemanusiaan, dengan pembangunan hendaklah berfokus kepada usaha mengangkat martabat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya sekadar mempertingkatkan petunjuk ekonomi.

Perdana Menteri berkata, dunia kini sedang memasuki era transformasi teknologi yang berkembang dengan pesat, dipacu oleh kemajuan kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu, pembuatan termaju serta bioteknologi.

Iklan
Iklan

"Malaysia mesti terus kekal berdaya saing, produktif serta terbuka kepada pelaburan. Namun, kegiatan ekonomi perlu kembali berpaksikan kepada tujuan dan nilai moral.

"Untuk mengembalikan nilai kemanusiaan, kita perlu menghayati semula satu hakikat yang mudah tetapi sering diabaikan. Ekonomi hanyalah satu wahana untuk mencapai matlamat, bukannya matlamat itu sendiri,” katanya dalam ucaptama pada Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan Pengerusi Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) merangkap Pengarah HEGD 2026, Prof Datuk Dr Saadiah Mohamad.

 

Iklan