PRN Negeri Sembilan: Tujuh kertas siasatan dibuka - Polis

Iklan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

SEREMBAN - Sebanyak tujuh kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, dua kertas siasatan dibuka semalam membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Iklan
Iklan

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 53 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan diluluskan kepada 226 permit.

"Kesemua program dan aktiviti politik yang diadakan dipantau PDRM bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Iklan

Alzafny berkata, polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan tegas.

"Orang ramai diseru untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur,” katanya.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi 1 Ogos. - Bernama