Matematik di belakang sepakat UMNO, Pas
Iklan
Adakah UMNO dan Pas tetap sepakat setelah Negeri Sembilan dan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)?. Foto hiasan
TAHNIAH kepada Pas atas kebijaksanaan strategiknya yang menjayakan sepakat UMNO dan Pas, yang memperkasakan Barisan Nasional (BN) di Johor dan membuka jalan untuk pembahagian kerusi secara terus-terang di Negeri Sembilan.
Kerana Bersatu tidak lagi menjadi penghalang dalam Pakatan Nasional (PN), sepakat ini bukan lagi pemulihan Muafakat Nasional (MN) antara PN dan BN, tetapi berpotensi menjadi gabungan mega. Nama pun sudah dapat - kalau cadangan Hamzah Zainuddin, presiden parti Wawasan diterima – Perikatan Barisan Nasional (PBN).