Rumah Hitler jadi balai polis

Iklan
Batu peringatan tertera 'Demi keamanan, kebebasan dan demokrasi. Fasisme tidak boleh wujud lagi. Jutaan yang terkorban menjadi peringatan' dikekalkan di lokasi itu.

BRAUNAU AM INN - Rumah bekas pemimpin tentera Nazi Jerman, Adolf Hitler dibuka secara rasmi sebagai balai polis baharu pada Rabu.

Langkah itu bertujuan menghalang lokasi berkenaan daripada menjadi tumpuan golongan ekstremis sayap kanan di Austria.

Iklan
Iklan

Pengubahsuaian kediaman tempat kelahiran Hitler di bandar Braunau am Inn itu menelan kos kira-kira 20 juta euro (RM93 juta) dan siap selepas mengalami kelewatan selama tiga tahun.

Rumah abad ke-17 yang terletak berhampiran sempadan Jerman itu telah dicat semula dengan warna putih oleh firma seni bina tempatan, Marte.

Iklan

Rumah berkenaan kekal dimiliki sebuah keluarga sejak 1912 sebelum disewakan kepada pemerintah pada 1972 dan dijadikan pusat penjagaan golongan kurang upaya.

Pada 2016, Vienna meluluskan undang-undang untuk mengambil alih bangunan itu kerana keadaannya yang semakin usang

Iklan

Tiga tahun kemudian, Mahkamah Agung akhirnya memberikan kelulusan terhadap pembelian hartanah seluas 800 meter persegi berkenaan dengan harga 810,000 euro (RM3.8 juta). - Agensi